"ANDAI ITU TAKDIR KITA"
Nur Aina Amani merupakan seorang gadis yang pendiam dan
agak pemalu. Dia seorang yang sangat manja, dia suka jika selalu diberi
perhatian terutama dari insan yang tersayang…
Mohd Syukri Ikram pula merupakan seorang yang agak pendiam dan
pemalu dengan perempuan. Disebabkan perangainya itu, sehingga sekarang dengan umurnya hampir mencecah angka ‘3’ tp dia
masih belum mempunyai teman istimewa.
……………………………………………
Perkenalan Aina dan Syukri bermula apabila Syukri memberi
salam perkenalan melalui laman sosial untuk berkenalan dengan Aina. Hanya
dengan melihat foto-foto Aina, Syukri tertarik dengan kecomelan dan keayuan Aina.
Aina yang kebetulan baru sahaja berpisah dengan kekasih
lamanya menyambut salam perkenalan tersebut. Selepas beberapa hari berbalas
pesanan di laman sosial tersebut, Syukri memberanikan diri mengajak Aina untuk
bertemu buat pertama kali. Aina yang memang seorang yang pemalu cuba mengelak
untuk bertemu dengan Syukri dengan memberi pelbagai alasan. Tetapi melihatkan
kesungguhan Syukri untuk berjumpa, dia bersetuju untuk berjumpa dengan Syukri.
Tarikh, tempat dan masa telah ditetapkan.
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu……
Aina sangat berdebar-debar kerana dia takut dia tidak
seperti yang diimpikan Syukri. Tetapi ternyata Syukri sangat tertarik dengan
Aina. Selepas hampir 2 bulan pertemuan mereka, hubungan mereka telah bertukar
menjadi sepasang kekasih.
Orang cakap hubungan jauh ini banyak dugaan. Begitu juga
dengan hubungan Aini dan Syukri tidak terlepas dari dugaan. Mereka terpaksa
berjauhan kerana Aina masih menuntut di sebuah kolej. Sepanjang perhubungan
mereka, macam-macam dugaan yang mereka lalui. Pernah satu hari tue Aina
difitnah oleh kawan baik Syukri sendiri, Khairul. Khairul mengatakan Aina telah
menduakan Syukri dengan keluar bersama lelaki-lelaki lain.
……………………………………………………
Aina memang seorang yang agak nakal. Dia salu ‘chatting’
dengan orang lain tetapi jauh di sudut hatinya, dia hanya mencintai Syukri.
Aina selalu ingin perhatian dari Syukri tetapi Syukri semakin jarang memberi perhatian
kepada Aina dan pada suatu hari Syukri telah mengeluarkan satu kata penghinaan
kepada Aina sehingga Aina lari membawa diri. Dalam tempoh itu Aina telah
mengenali lelaki lain, Rizal. Aina tewas dengan pujuk rayu Rizal yang sentiasa
mengeluarkan kata-kata manis dan Aina terus pergi meninggalkan Syukri.
Sepanjang hubungan Aina dan Rizal, Aina merasa tidak
tenteram kerana dia betul-betul rasa bersalah terhadap Syukri. Aina memberanikan
diri menghantar ‘sms’ kepada Syukri. Aina menyatakan rasa bersalahnya dan ingin
kembali kepada Syukri. Syukri menerima Aina semula kerana hatinya masih pada
Aina. Hubungan mereka kembali bertaut tetapi selalu mengalami krisis yang tidak
sudah-sudah. Dan tibalah pada suatu hari Syukri mengeluarkan rasa tidak selesa
dengan perangai Aina yang suka melayan lelaki lain. Aina betul-betul rasa
menyesal dan dia telah bertekad untuk tidak lagi melayan lelaki lain. Semua lelaki
yang menegurnya tidak dilayan.
……………………………………………………
Hubungan Aina dan Syukri semakin pulih. Dah jarang-jarang
bergaduh. Tetapi ‘kusangkakan panas sampai ke petang, tetapi gerimis di tengah
hari’. Hubungan Aina dan Syukri mengalami masalah lagi hanya disebabkan salah
faham. Perkara itu membuatkan Aina mendiamkan diri.
…………………………………………………………………
Pada suatu hari Aina menerima berita pertunangan Syukri
dengan gadis pilihan keluarganya. Tidak dapat digambarkan perasaan Aina ketika
itu, hanya air mata menjadi teman ketika itu. Aina buntu memikirkan apa
kesalahannya terhadap Syukri dan keluarganya sehingga diperlakukan sebegitu
rupa.
**bersambung**