Tuesday 14 October 2014

Cerpen ➳ Andai Itu Takdir Kita


"ANDAI ITU TAKDIR KITA" (PART 2)


Selepas berita pertunangan Shukri diketahui Aina, hidup Aina menjadi tidak keruan. Siang malamnya dipenuhi dengan air mata. Dia tak henti-henti memikirkan apa kesalahan yang telah dilakukannya sampai dia dihukum sebegitu rupa. 


................................................


Tetapi, hidup Aina berubah semenjak dia mengenali Mohd Razif. Razif selalu memberi kata semangat kepada Aina. Razif seorang yang pandai mengambil hati, pandai memujuk dan pandai berkata-kata. Aina rasa bahagia dan secara tak langsung dapat membuatkan Aina melupakan Syukri dan kesedihan yang ditanggungnya. 

Selepas beberapa bulan perkenalan mereka, sekali lagi Aina diuji. Dia mendapat khabar berita yang Razif sebenarnya telah mempunyai keluarga. Razif telah berkahwin dan mempunyai zuriat. Bagai jatuh ditimpa tangga, sekali lagi hidup Aina dipenuhi dengan air mata. Aina cuba melupakan semua kejadian yang berlaku pada dirinya dengan mnyibukkan diri. Tetapi ia tidak memberi kesan kerana Aina tetap memikirkan Syukri dan Razif. Dia selalu mengenangkan nasibnya yang malang itu. Dan sebab kejadian-kejadian itu, Aina menjadi takut untuk mengenali lelaki lain.



..............................................


Aina pernah cuba untuk berkasih dengan lelaki lain tetapi semuanya tidak berjaya kerana Aina merasakan tiada keserasian antara dia dengan lelaki-lelaki itu. Aina menolak semua lelaki-lelaki itu secara baik kerana dia tidak mahu ada hati yang akan terluka seperti apa yang pernah dilaluinya. Rutin hidup Aina pergi kerja, balik kerja dan sebelum tidur air matanya pasti mengalir mengenangkan nasibnya.

***bersambung***





❤ Terima Kaseh ❤

Hak Cipta TerpeLihara : IzZu AiNi